Journal List Escapes Blog Facebook Twitter Ask fm

#1 First Fanfic | 02:10
Tuesday 11 December 2012



Characters : Kwon Ji Yong, Lee Hyori, Myung Soo, Shin Min A
Genre : Angst. Romantice. Love.
Inspired By : Efanz-Fic
Quotes : "Cinta itu datang dengan sendiri tanpa disedari"


Musim luruh menjelma lagi. Angin bertiup sepoi-sepoi membawa kuntuman bunga-bunga ceri ke awangan. Daun-daun pokok di tepi-tepi jalan mulai berguguran jatuh ke tanah. Di seberang jalan kelihatan seorang lelaki memakai t-shirt bergambar big bang yang bergaya berjalan menuju ke suatu tempat sambil mendengar alat digital i-Pod miliknya. 

"Esok ulang tahun kelahiran Min A. Apa yang aku nak beri padanya nanti?" Ji Yong terfikir mengenai birthday kekasihnya yang tidak lama lagi. 

Dia kemudian berjalan menuju ke sebuah taman bunga. Ketika dalam perjalanan, Ji Yong terpandang seorang perempuan yang cantik di dalam sebuah kedai bunga sedang menghidu bunga ros merah.  Dia menuju ke kedai itu dan memandang ke papan tanda kedai tersebut. 'Flower Bucket'. Dia menolak pintu dan masuk ke dalam kedai, namun kelibat perempuan itu tiada lagi. Tiba-tiba...........

"Annyeong!." Sergah Hyori perempuan yang dipandangnya sebentar tadi dari sebelah Ji Yong membuatkan dia shock sehingga hampir menjatuhkan bunga-bunga ros yang telah siap disusun di dalam pasu-pasu. 

"Aigoo, kenapa awak buat begini?" marah Ji Yong sambil mengurut dadanya.

"Ommo! Mianhae! Saya tak sangka awak terkejut sampai sebegini rupa." Hyori menundukkan mukanya meminta maaf atas kesalahannya tadi.

"Dae. So awak penjual bunga di sini?" Tanya Ji Yong, inginkan kepastian.

"Yupp. Tapi saya hanya penjual sahaja. Kedai ini milik 'baby' saya." Jawab Hyori dengan senyuman yang lebar.

Apabila mendengar perkataan 'baby' daripada mulut Hyori, Ji Yong mengagak bahawa mungkin Hyori sudah mempunyai teman lelaki. Dia kemudian seperti berputus asa ingin mengenali Hyori. Dia hampir menuju keluar dari kedai itu. Tapi hajatnya terhenti apabila Hyori tiba-tiba menjerit memanggilnya.

"Adik! Siapa nama kamu?" jeritnya dari belakang Ji Yong.

"Ohh, saya Ji Yong. Kenapa panggil saya adik?" Ji Yong keliru dengan panggilan terhadapnya.

"Hahaha. Tak nampakkah noona lebih tua dari kamu? Thats why noona panggil kamu adik. Lain kali datanglah ke sini lagi" 

"Ohh. Dae." Ji Yong membalas senyuman Hyori.


*---------------------------------------------*


Setibanya di rumah, Ji Yong terus baring di sofa sambil memikir Hyori. "Ehmmm. Tak mungkin aku sudah jatuh cinta sama noona. Dia lebih tua daripada aku. Tak mungkin! Tak mungkin! Ji Yong! Noona sudah mempunyai ada kekasih dan kau pun sudah ada Min A!" Teriak hati kecil Ji Yong menidakkan perasaannya terhadap Hyori.

Malam itu Min A menghubungi teman lelakinya Ji Yong......
Lagu Fantastic Baby berkumandang di dalam rumah Ji Yong. Mendengar ringtone telefon bimbitnya, Ji Yong lantas mengambil dan menekan butang hijau.

"Hello?!!!"

"Opocot! Haish! Tak perlulah menjerit lagi. Sakit telinga saya."

"Ohh mianhae. Saya ingat siapa nak kacau saya tadi. Haa. Kenapa call saya malam-malam ni?"

"Tak ada apa-apa cuma saya nak ingatkan awak tentang hari esok. Sempena ulang tahun kelahiran saya, appa dengan omma saya adakan party kecil malam tu, awak mesti datang tau!"

"Alamak! Hampir terlupa esok harijadi Min A". Bisik hati kecil Ji Yong.

"Okay! Saya akan datang! Saya perlu belikan awak sesuatu ni. Jadi esok pagi saya sangat busy. Jangan cari saya ya!" Ji Yong pantas memutuskan talian.

"Ehh, cepat betul matikan call. Dia patutnya cakap 'Saranghaeyo' pada aku dahulu sebelum aku masuk tidur. Hmm. Ji Yong macam menyembunyikan sesuatu. Aku mesti tanya kepadanya." Leter Min A kerana geram akan tindakan Ji Yong yang sebegitu rupa.

"Apa yang patut aku belikan untuk Min A. Patutkah aku pergi ke kedai bunga noona untuk menanyakan apa yang patut aku beri pada teman wanita aku? Haish. Tak boleh ni. Nanti noona tahu aku ada kekasih. Aku patut merahsiakan hal ini. Aku akan cakap yang aku mahu hadiahkan adik perempuan aku sempena harijadinya."


*---------------------------------------------*


Malam itu Ji Yong tidur dengan lena kerana awal pagi esok dia mahu segera pergi ke kedai bunga noona semalam. Dia seperti tidak sabar ingin berjumpa noona sekali lagi. Dia berharap agar esok dia dapat meluangkan masa dengan noona.

Pada pagi itu, tepat jam 8 pagi bunyi jam loceng Ji Yong bergema dalam apartmennya. Bunyi loceng yang begitu nyaring itu tidak dapat menyedarkan Ji Yong yang sedang nyenyak di buai mimpi. Sehinggalah pukul 9 pagi, baru dia tersedar bahawa dia telah lambat untuk ke kedai bunga noona.

"Aigo! Haish! Macam mana aku tak sedar ni! Arghh! Aku dah lambat nak ke kedai noona! Kalau aku lambat, takut noona tiada di kedai." Ji Yong pantas menyiapkan dirinya dan berlalu keluar dari apartmennya. Sebelum dia keluar, dia telah meninggalkan pesanan di pintu rumah agar sesiapa yang datang ke rumahnya tidak perlu mencarinya.

Dalam kesibukkan Ji Yong ke tempat parking keretanya, dia tidak perasan bahawa dia bertembung dengan Min A yang ketika itu sedang sibuk berbual melalui telefon bimbit. Mereka tidak perasan antara satu sama lain. Ji Yong kemudian berlari pantas ke tempat keretanya lantas masuk ke dalam kereta. Min A pula dalam perjalanan menuju ke apartmen Ji Yong sambil jarinya mendail nombor telefon Ji Yong tetapi dia tidak dapat menhubungi lelaki itu kerana Ji Yong telah mematikan telefon bimbitnya. Setibanya di depan pintu apartmen Ji Yong, Min A terbaca satu nota tertulis 'Jangan cari saya. Saya ada hal.'

"Erkk. Dia tiada di rumah? Hm. Ke manalah dia pergi. Sudahlah pagi ini dia tidak menelefon aku dan memberi ucapan selamat hari jadi. Bila aku penat-penat datang ke sini, dia pula tiada. Aku sanggup meninggalkn hal pejabat kerana ingin berjumpa dengannya. Haish! Ji Yong memang melampau!"

Pada masa yang sama di kedai Flower Bucket, Ji Yong segera masuk ke dalam kedai. Tanpa diduga, dia ternampak Hyori sedang berpelukan dengan seorang lelaki. 

To be continued